Asmah Andy. Powered by Blogger.
RSS

#asmaherrysweethomeXainulhudaturns1

Bismillahirrahmanirrahim.


Amboi, bukan main tajuk entri dengan hashtag bagai :p Em, first tak tau mau cakap benda dah basi ka belum. Tapi ah lantaklah, basi tak basi, mau jugak tulis di sini untuk simpanan masa depan. Eh? Hehe.

Ceritanya pasal sambutan 1st birthday puteri kami, Ainul Huda :) Actually 1 September hari tu, genaplah sudah si kenit ni satu tahun, yeayy! Mixed feeling, gembira, terharu, semua sebab rasa macam baru ja semalam beranakkan dia, alih2 eh setahun dah. Hihi. Cepat betul masa berlalu :') Alhamdulillah Allah kurniakan kami seorang puteri yang sangat baik, tak banyak kerenah, senang jaga. Anak yang penyabar masyaAllah. Moga Ainul Huda membesar sihat dan solehah.

Back to story, so pada hari birthday Huda, we all masih di KK, suami pulak di Tawau so memang tak plan la untuk sambut tanpa bapaknya kan. Sedih la pulak bapaknya nanti. Hihi. Tapi sebab ummi ni jenis skema, mau jugak ada something pada hari birthday Huda, so beli jugaklah kek sebijik, then tapau KFC buat makan2 kecil-kecilan di rumah. Simple2 ja dulu sebab big eventnya menanti di Tawau. Hehe.


- Balik kerja singgah Kak Kiah Coffee House beli kek sebijik, pastu singgah KFC tapau la ckit buat makan2, santai2 :D


So, pada 7hb tu travel balik kampung di Tawau. Balik sempena mau raya haji. Padahal raya haji 12hb, balik extra awal sebab memang sudah plan mau buat kenduri on 10hb. Actually kenduri ni kenduri kesyukuran sempena meraikan rumah baru, and sudah alang2 buat kenduri tu selit la sekali sambutan hari jadi Huda. Jimat masa, jimat duit tak payah banyak2 kali buat acara, gituuu. Lagipun we all tinggal KK, bukan selalu balik Tawau, so kalau mau buat apa2 acara memang kena plan betul2 la tarikh semua. So kira belated la sambutan birthday Huda, tapi takpa sebab masih dalam bulan yang sama so takda la basi kan. Kalau dah lama basi tu baik tak payah buat la. Haha.

Sambutan birthday Huda kali ni, tak pening kepala sangat sebab semuanya saya tempah ja dari Kak Rina @reenacupcakedelights Deco candy buffet, kek, pemanis mulut semua. Ambil pakej yang harga dalam RM650++ sebab ada add-on sana sini. Hihi. Rasanya part doorgift je la yang saya buat sendiri. Itu pun just tempah barang yang mau dijadikan doorgift tu then hias sendiri. Untuk doorgift, memandangkan kenduri sekali dengan meraikan rumah baru, so saya buat doorgift ni:



Tak sempat mau ambil gambar yang sudah siap semua banyak2, ni pun sempat ambil gambar doorgift yang tinggal lepas dah habis kenduri. Actually dekat atas tu ada stapler thank you tag, cuma yang ni punya dah tercabut. Haha. Sabo je la. Thank you to sepupu2 suami, adik ipar yang tolong bungkus doorgift ni. Hehe. Doorgift ni actually set cawan plastik and kutleri ikea. Memandangkan Sabah ni takda lagi ikea, so tempah dengan personal shopper. Banyak kali jugak dah beli barang2 ikea dari personal shopper tu, so memang tak ragu2 la tempah dengan dia. Untuk Sabahan yang berminat, boleh la usha2 instagram @ikea.sabah.bah or facebook dia pun ada. Memang terbaik. Plastik bungkus bercorak tu beli dekat kedai Familia di 1Borneo sini. Memang ada jual berpaket, 1paket ada 10keping plastik dengan pengikat dia sekali. Murah, harga dalam RM4++ satu paket untuk saiz sederhana ni.


- Inilah rupa thank you tag tu, buat sendiri ja, google kan hado. Hihi :D


And sempena hari lahir anak perempuan pertama, mau jugaklah tengok dia pakai baju ala2 princess gitu. Impian mak2 kot. Haha. Banyak je jual dress kiut2 untuk budak perempuan, tapi biasalah bila online ni, kadang dalam gambar cantik tapi bila dapat yang sebenar indah khabar dari rupa. Ada je yang okay, selalu je beli online pun. Tapi kali ni decide untuk tempah dengan tailor. Untuk dress Huda, kain lace dia je yang beli online, beli setengah meter je cukup, pastu kain satin beli di Kamdar. Kain lace 3D beli dekat @borderlaceglam :)

- Excited masa ambik dress ni dekat tailor, fitting sekali :)

- Mak jemah bergaya di hari jadinya. Hihi :D

Alhamdulillah semua berjalan lancar, walaupun kakak yang mau setting candy buffet tu lambat datang dari yang sepatutnya, tapi okay jugaklah. Sebab awalnya plan suruh dia datang setup pukul 10pagi, sebelum mula berzanji pukul 11. Alih2 pagi tu dia inform datang lambat sikit, dekat pukul 12 jugaklah baru setel setup table. Nasib baik jugak sebab habis ja dia setup candy buffet tu, maka ramailah penonton2 cilik yang datang dekat mau tengok2, pegang2. Bayangkan dia siap setting table awal, tak sempat potong kek agaknya sudah huru-hara deco2 semua tu. Haha. Ada hikmah jugak kakak tu datang lambat ;)

- Temanya: Pink Princess :)





Last, alhamdulillah murah rezeki dapat sponsor kambing golek. Kenyanglah tetamu2 we all ber kambing golek. Yang datang lambat memang tak sempatlah. Sekejap licin sekor. Hihi. Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi kepada tetamu2 yang datang pada hari kejadian and terutama kepada semua yang terlibat membantu kelancaran majlis kami. Jasamu dikenang. Hehe. :)



- Birthday girl masam mukanya sebab baru bangun tidur. Haha ;D


Sekian.
Wallahua'lam.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: