Bismillahirrahmanirrahim.
"Asmah, tolong tengok Asyraaf. Kami mau pegi hospital."
Suara abang di awal pagi Jumaat, 19 Ogos yang lalu mengejutkanku. Seminggu duduk rumah abang di Putrajaya, membantu apa-apa yang patut sementara kakak ipar sedang menunggu hari untuk melahirkan anak kedua. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 9.00 pagi, hari Jumaat, 19 Ramadhan, kakak ipar selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.19 kg di Hospital Putrajaya. Syukur Alhamdulillah. Akhirnya Muhammad Asyraaf Danish dah ada adik! :)
Dengan lahirnya anak abang yang baru ni, maka bertambahlah cucu-cucu mak dan bapak. Genap 12 orang semuanya, dengan 7 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Saya sangat teruja. Alhamdulillah, keluarga pun makin besar. Dan bertambah seronok apabila raya tahun ni, insya Allah kami dapat berkumpul di area Bangi-Putrajaya. Kakak dan abang ipar di Pulau Pinang juga turut sama turun Bangi untuk beraya bersama. Tentu meriah! Anak saudara pun sudah mula bertanyakan duit raya. Huhu...
Cerita tentang kakak di Penang, insya Allah, kakak juga bakal melahirkan anak kelimanya hujung tahun ni. Dijangkakan bulan Oktober nanti. Insya Allah, andai semuanya selamat, maka jadilah anak saudara saya yang ke-13. :)
Dalam kegembiraan, ada sedikit rasa sedih jugak sebab tahun ni tak dapat balik kampung halaman di Tawau, Sabah. Rasa macam dah lama saya tak beraya di kampung sendiri. Kali terakhir, kalau tak salah, raya haji tahun lepas. Rindu dengan rumah sendiri, bilik sendiri, dan sahabat-sahabat di sana. Rindu untuk pegi beraya bersama mereka. Antara kenangan yang tak boleh dilupa, bila terpaksa bermalam di rumah sahabat lantaran sudah lewat malam untuk balik rumah. Beraya punya pasal, sampai timing pun salah bajet. :) Syukurlah tak kena marah dengan mak bapak. Yang harunya, keesokan harinya, bukan nak ingat terus balik, tapi sempat pulak pegi beraya lagi. Memang kelakar!
Sekarang dah masuk fasa ke-3 Ramadhan, fasa pembebasan dari api neraka. Di sepuluh hari terakhir ni, sama-samalah kita berazam untuk meningkatkan lagi amal ibadah. Dalam rasa keterujaan untuk meraikan hari kemenangan, jangan dilupa pada Ramadhan yang masih berbaki. Bersedihlah, andai ini Ramadhan terakhir buat kita.
Wallahua'lam.
p/s: Handphone dah tak secanggih dulu, tak dapat nak upload gambar baby baru. Tunggu je la kat FB nanti..:)





0 comments:
Post a Comment