Bismillahirrahmanirrahim.
Tudung 1
FHM: Rindu la zaman muda-muda dulu...time tu pakai tudung mesti ada 'pengeras' plastik tu...haha...
AA: Haa...'pengeras' plastik tu...tudung ditiup angin pun still standing lagi... :)
Tudung 2
HH: Sekarang ni femes tudung ariani...sebenarnya dulu-dulu pun kita dah ada macam tu, cuma versi berbeza...yang sekarang ni dah diinovasikan dengan manik dan sulam...
AA: Yup, betul...lagipun asal dari Indon kot... :)
Tudung 3
"Aku tak suka tengok fesyen terbaru Y***...! Rupa macam nenek aku je..."
"Ha'ah...buruk arr...macam Erykah Badu pun ada..."
"Tu bukan tudung...tu serkup je...!"
"Eewww...!"
Tudung 4
"Eh, pelik je aku tengok fesyen hang...tapi comey jugak..."
"Ko tak tau ke, ni la fesyen sekarang...ala-ala Hana Tajima ngan Maria Elena gitu..."
"Hana Tajima tu sape..? Maria Elena tu sape..? Sedara hang ke..?"
"Memang sah ko ketinggalan zaman..!"
Tudung 5
"Akak, nanti nak pinjam tudung akak."
"Tudung yang mana..? Nak pakai gi mana..?"
"Tudung yang kaler krim tu. Nak buat contoh. Saya nak gunting tudung. Akak ajar eh...lagipun saya baru nak beli kain...tak reti sangat..."
"Owh...ok! Haa..beli kain nak buat tudung, cari yang lebar 60 inci...panjang standard 1.5 meter tau..."
"Ok..!"
Well, dialog-dialog di atas hanyalah serba sedikit tentang cerita pelbagai versi tudung. Nak kata, tudung pun tak terlepas dengan arus modenisasi. Sebab tu la sekarang ni banyak macam tudung yang boleh kita tengok kat mana-mana. Nak tampil bergaya, tak salah, sebab itu fitrah, lagi-lagi wanita, kaum Hawa. Tapi, yang jadi masalah, bila gaya dengan syariat tak senada. Cantiknya Islam, dalam Al-Quran, Allah dah terangkan peraturan dan panduan.
"...Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya,.." (An-Nur: 31)
Jadi, walau macam mana sekalipun nak bergaya, biarlah mengikut syariat. Tutuplah betul-betul mana yang wajib ditutup. Senang cerita, apa yang kita tutup masa tengah solat, begitu jugalah masa kat luar solat. Dengan itu, kita bukan sahaja mengikut syariat, bahkan boleh terus solat dengan pakaian yang kita pakai. Tak perlulah nak bawa telekung sentiasa. Kan mudah..!
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment