My 100th post! [Eh, belum la! =P]

Bismillahirrahmanirrahim.

Sedar tak sedar, blog saya sudah hampir sampai ke entri yang ke-100. Dibandingkan dengan usia blog ni yang dah masuk tahun ke-4, bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih lagi kalau bandingkan dengan blog-blog lain yang lebih advance. Huh, memang tak boleh lawan! Tapi, nak lawan dari segi angka apalah sangat dibandingkan dengan pengisian yang ada dalam blog tu. Kalau dapat dua-dua lagi bagus. Nak kata, kualiti itu lebih penting daripada kuantiti.

Ok, berbalik kepada entri, kali ni nak berkongsi cerita tentang program yang saya ambil selama tiga tahun saya belajar kat UTM. Sebab, ramai jugak yang saya jumpa, bila tanya pasal course saya, ada yang ingat saya akan keluar sebagai doktor perubatan. Ada jugak ingat course kami ni belajar buat bom. Atau keluar jadi technician. Course yang saya ambil ialah Fizik Kesihatan (Health Physics). A physicist and a physician (medical doctor) are totally different. Dan walaupun saya belajar tentang nuklear, bukan bermakna saya diajar untuk membuat bom. Dan untuk menjadi seorang technician, MARA ada menyediakan latihan untuk ke arah itu.

Jadi, apa yang saya boleh jadi bila saya habis belajar nanti? Hah...ni nak jawab. Sebelum tahu lebih lanjut, kenalah berkenalan dulu dengan course saya. Ok, Fizik Kesihatan sebenarnya salah satu disiplin yang merangkumi semua aktiviti yang berkaitan dengan perlindungan terhadap sinaran mengion (sinaran yang boleh menyebabkan proses pengionan, iaitu proses pengeluaran elektron daripada sesuatu atom yang menyebabkan atom tersebut bercas positif). Ada dua sumber utama sinaran ni. Pertama, sumber tabi'i, iaitu sinaran yang dipancarkan daripada radioisotop yang wujud di persekitaran. Tak kiralah dari dalam tanah, air, udara, makanan, sinar kosmik dari angkasa lepas, malah tubuh manusia pun ada (karbon-14). Manusia telah lama terdedah kepada sinaran dari sumber tabi'i ni sejak sekian lama lagi. Kedua, berpunca daripada sumber buatan manusia. Sinaran dipancarkan daripada radioisotop yang dihasilkan melalui tindak balas pembelahan nuklear (nuclear fission reaction). Tindak balas ni berlaku apabila sesuatu isotop berada dalam keadaan tidak stabil, maka untuk mencapai kestabilan, berlaku tindak balas yang melibatkan nukleus dan disebabkan itu terbebasnya sinaran (alfa, beta, gama, neutron). Selain itu, sinaran juga dipancarkan daripada alat yang digunakan dalam perubatan seperti mesin sinar-X dan pemecut zarah (particle accelerator).

Apa yang ahli Fizik Kesihatan buat? Ok, bidang Fizik Kesihatan mengambil kira perlindungan manusia terhadap sinaran mengion. Untuk pengetahuan, di persekitaran kita terdapat sinar latar belakang (background radiation) yang telah sedia wujud dan akan sentiasa ada pada aras yang tetap di semua tempat. Sinaran latar belakang dianggap boleh diabaikan memandangkan arasnya yang sangat rendah dan tidak banyak yang boleh dilakukan untuk melindungi manusia daripada sinaran latar belakang ini. Oleh itu, apa yang menjadi perhatian khusus ahli Fizik Kesihatan ialah sinaran yang berpunca daripada sumber buatan manusia.

Ahli Fizik Kesihatan menjalankan pelbagai tugas tertentu. Antara tugas-tugas penting seorang ahli Fizik Kesihatan ialah:

1) Bertanggungjawab dalam pengesanan dan pengukuran aras sinaran di tempat kerja dan persekitaran.
2) Bertanggungjawab terhadap pengoperasian dan tentuukur (calibration) alat pengesanan.
3) Memeriksa secara berkala kemudahan-kemudahan yang terlibat dalam penggunaan sumber sinaran.
4) Enforces federal and state regulations dealing with proper handling of radiation sources and establishment of accepted levels of radiation fields at places of work. (ni aku tak reti translate)
5) Menyimpan rekod dedahan (exposure) setiap individu yang berada di bawah bidang kuasanya.
6) Mengetahui cara membersihkan kawasan yang telah tercemar dengan bahan radioaktif.
7) Bertindak sebagai wakil perhubungan antara agensi yang menggubal peraturan dengan organisasi beliau.

Istilah Fizik Kesihatan ni mula diperkenalkan pada tahun 1940-an dan Health Physics Society pula ditubuhkan pada tahun 1995. Sekarang ni dah ada badan-badan kebangsaan dan antarabangsa yang bertanggungjawab sebagai badan penasihat kepada badan perundangan berhubung aspek perlindungan sinaran. Contoh, International Commission for Radiological Protection (ICRP), International Atomic Energy Agency (IAEA), kat Malaysia ada Atomic Energy Licensing Board (AELB), Agensi Nuklear Malaysia.

Pengendalian sumber sinaran yang tidak betul boleh mengakibatkan kesan mudarat kepada manusia. Jadi, kepada individu yang menggunakan sumber sinaran, adalah sangat penting untuk mengetahui asas dosimetri (pengukuran dos), definisi unit dos, kesan biologi sinaran, piawai perlindungan sinaran dan penggunaan instrumen Fizik Kesihatan.

Di Malaysia, individu yang menjalankan fungsi-fungsi di atas dipanggil Pegawai Perlindungan Sinaran atau lebih glamour dipanggil RPO (Radiation Protection Officer). Biasanya setiap company yang melibatkan penggunaan sinaran wajib ada seorang RPO. Selain RPO, ada lagi bawahan dia. Di samping itu, ada lagi satu jawatan yang disebut sebagai Health and Safety Officer (HSO). Yang ni lagi meluas skop kerja dia sebab setiap bidang industri perlu menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerja. Hasil kunjungan ke Agensi Nuklear Malaysia atau lebih popular dengan panggilan MINT, baru tahu yang kat sana ada satu (boleh kata department) yang dipanggil Kumpulan Fizik Kesihatan (KFK). Fungsinya seperti yang saya dah tulis kat atas.

Jadi, kepada yang kurang jelas tentang apa yang selama ni saya belajar, ni lah serba sedikit penerangan yang saya cedok sepanjang pengajian dan dari mana-mana. Tapi kalau nak lebih lagi, google it yourself! Iqra'. :)

Sumber: Tsoulfanidis, N., Measurement and Detection of Radiation, 2nd ed., Taylor & Francis, Washington, 1995


Wallahua'lam.

0 comments: