Bismillahirrahmairrahim.
Akhirnya sampai ke entri yang ke-100. Kali ni mahu cerita sikit pasal dua tempat yang asing bagi saya. Dan of course tempat tu yang kaki saya pernah pijak la.
1) Sulawesi Selatan, Indonesia
Pertama kali datang masa penghujung tahun 2001. Masa tu baru habis darjah 6. Saya pergi dengan mak masa tengah bulan puasa. Tujuannya sebab mahu menyempurnakan upacara pengebumian nenek saya (mak kepada mak). Secara spesifiknya, destinasi kami ialah di Kampung Kayu Rame, Rantepao, Tana Toraja. Sebab mak saya suku Toraja (tak tahu sila google). Perjalanan dari Tawau (kampung saya) ambil masa dua hari dua malam dengan menaiki kapal laut. First time travel jauh, rasa excited campur takut. Tapi syukurlah mak saya ada. Dan selain saya dan mak, sebenarnya ada satu family lagi, ahli keluarga mak yang travel bersama kami (jumpa masa kat kapal). Barulah rasa ramai. Dah sampai, kami kena naik bas ekspres pulak untuk ke kampung mak. Mak cerita, sebelum ni masa pergi dengan abang saya, dorang kena jalan kaki, melalui jalan yang berbukit-bukau. Masa tu saya masih darjah dua kalau tak salah. Abang tingkatan tiga. Pergi berdua jugak dengan mak. Tujuan yang sama, tapi masa tu datuk saya yang meninggal. Saya bernasib baik sebab bas dah boleh lalu kawasan tu. Tak perlulah jalan kaki.
Di kampung mak, majoriti penduduknya beragama Kristian. Cuaca di sana sejuk sebab kawasan kaki bukit. Ada ketika, kalau bercakap mulut keluar asap. Macam kat negara orang putih. Bangun sahur lagilah sejuk. Sampai minyak jadi beku. Kat rumah mak kat kampung, tinggal pak cik saya sorang (adik mak). Adik-beradik mak yang lain (13 orang) masing-masing tinggal tempat lain. Di sanalah pertama kali saya tengok binatang terlarang (babi) secara real. Ada warna hitam, pink. Besar, kecik ada.
Dalam tradisi suku kaum mak, bila mak bapak meninggal, semua anak-anak mesti berkumpul untuk menguruskan upacara pengebumian. Selagi anak-anak tak datang, mayat akan disimpan (diawet) sampailah semua ada. Masa kami sampai, mayat tu masih disimpan dalam rumah, dah siap awet dan bungkus. Tiba hari upacara, makan masa dalam tiga hari. Hari pertama, mayat diletak di ruang tamu rumah. Malamnya macam pesta. Ramai orang berkumpul, makan-makan, bergadang. Hari kedua, mayat dipindahkan pulak ke rumah Toraja (seperti dalam gambar). Malam sama meriah jugak. Lepas tu, hari terakhir, mayat dipindahkan ke atas pelantar yang dibina khas. Pelantar tu dibuat daripada bambu dan tingginya lebih kurang 4 hingga 5 meter. Malam tu, saya, mak, mak cik dan anak-anak kecil dia tidur kat atas pelantar tu. Muatlah untuk 4 hingga 5 orang, campur mayat yang makan ruang besar. Esoknya ada macam kenduri. Dahsyat tengok cara dorang 'sembelih' babi. Actually, bukan sembelih pun. Lebih kepada tikam. Leher babi ditikam dengan pisau. Menggelupur. Bunyi dia pun dah kenal. Dahsyat!
Dah habis makan-makan (saya dan mak berpuasa, sebab masa tu masih bulan puasa), mayat diarak ke tempat pengebumian. Tempat pengebumian yang dimaksudkan sebenarnya adalah batu besar yang boleh masuk banyak benda dalam tu, termasuklah orang. Mayat tu tak dikebumikan dalam tanah, tapi disimpan dalam batu. Siap ada macam tingkap-tingkap kecil kat dinding luar batu tu, sebagai tanda jantina mayat dalam tu. Kalau lelaki ada simbol tertentu, perempuan pun sama. Pelik, tapi benar.
Lebih kurang dua, tiga hari lepas habis upacara, saya dan mak bertolak pulak ke kampung bapak. Sebelum tu sempat jugak jalan-jalan di sekitar pekan, naik beca. Beca kat sana, pengayuh bukan kat tepi, tapi kat belakang. Tapi tak banyak sangat yang saya ingat tentang pekan tu, sebab jalan pun sekejap je. Pergi kampung bapak, kami naik bas mini (van actually). Destinasi kami masa tu kalau tak salah, Kota Palopo.
Sampai di terminal, anak saudara bapak (Andi Adnan, kira sepupu saya la) jemput kami. Kami berhenti di, nama tempat tu, Padang Sappa. Betul-betul depan rumah arwah mak saudara saya (masa tu masih ada lagi). Rumah dia kat tepi jalan, sebaris dengan deretan kedai-kedai (kebanyakannya rumah kedai). Saya terkejut jugak sebab itulah satu-satunya rumah yang agak 'mencapub' dan berwarna kuning pulak tu. Masa kami sampai, bapak dan adik saya dah ada. Dorang bertolak lebih kurang seminggu selepas kami ke kampung mak. Tujuan, lebih kurang sama. Adik bongsu kepada bapak saya (pak cik saya) meninggal dunia masa awal Ramadhan. Masa kami sampai, dah pertengahan Ramadhan. Nak buat tahlil dan kenduri arwah.
Balik kampung bapak, itulah first time saya beraya di perantauan. Maksud, bukan di rumah sendiri. Beberapa hari sebelum raya, tak rasa sangat kesibukan orang nak sambut raya. Tak macam kat rumah sendiri. Tak adanya nak tukar langsir, hias rumah. Kuih pun tak buat sendiri. Beli je. Pagi 1 Syawal, kami solat sunat Aidilfitri di surau berdekatan. Surau kampung, kecil je. Tak muat, sampai ke jalan raya orang bentang sejadah, termasuklah kami.
Arwah pak cik dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di kawasan Desa Mario (nama kampung). Tak jauh dari rumah keluarga pak cik. Kubur bersebelahan dengan kubur arwah datuk dan nenek saya (sebelah bapak). Itulah kali pertama saya tengok bapak saya menitiskan airmata. Sama jugak masa mak menitskan airmata masa tengok mayat nenek (sebelah mak). Pertama kali. Masa kenduri arwah, perkara baru yang saya jumpa, dijemput penceramah untuk bagi ceramah. Penceramah perempuan. Ustazah. Agak lantang suara dia. Dan masa tu jugak la first time saya naik motor. Terpaksa balik ke rumah mak cik di Padang Sappa (lebih kurang 7 km dari Desa Mario, tempat kenduri) untuk ambil ubat bapak. Bonceng ngan pak cik. Masa tu baru darjah enam.
Selesai semuanya. Di kampung bapak, banyak kali jugak kami berpindah-randah, sebab menziarah saudara-mara sebelah bapak. Tak salah kalau tak tidur sana setiap kali kami pergi rumah saudara-mara. Paling best, dapat pergi mandi sungai di satu tempat, nama dia La Tuppak. Masa tengah musim durian pulak tu. Lepas tu, pegi tengok sunset. Dan masa pergi rumah anak mak cik saya (Andi Achok, sepupu saya), dapat makan barobbok (spelling hentam, tak tahu boleh google). Dan ada sekali, pegi satu tempat yang terletak di kawasan pergunungan, semata-mata nak BBQ. Biasanya orang just bawak bahan mentah yang dah siap peram atau potong, tapi ni bawak lembu hidup terus! Kat tempat tu baru sembelih. Memang fresh! Tapi agak menyusahkan sebab tempat tu kawasan tanah tinggi, tak ingat apa nama dia.
Lebih kurang dua minggu lebih kami kat kampung bapak. Campur dengan masa kat kampung mak, lebih kurang sebulan jugak saya kat Indon. Masa nak balik Tawau, macam biasa, naik kapal laut. Memang seronok dapat pengalaman macam ni. Walaupun tak selesa sangat naik kapal laut, tapi kira beruntung dapat peluang merasa. Lebih-lebih lagi bila bersama-sama keluarga. Sampai di Tawau, masih terasa suasana raya. Lega dapat balik rumah sendiri.
2) Perth, Australia
Yang ni, sebenarnya saya dah pernah tulis catatan perjalanan saya ke sana. Takkan nak cerita benda sama kot. So, boleh tengok sini.
Itu je la tempat asing bagi saya yang saya boleh cerita. Sememangnya melawat tempat orang tu satu pengalaman yang menarik. Banyak benda kita boleh belajar, dari segi budaya, adat dan kebiasaan masyarakat di tempat tersebut. Dan daripada situ kita boleh renung dan fikir, betapa Allah menjadikan manusia ni ada bermacam rupa dan ragam. Kalau hanya duduk dalam lingkungan kita, tak berkembanglah. Jadi, kalau ada peluang, saya sarankan pergilah melawat ke mana-mana. Banyak yang dapat kita kutip sepanjang perjalanan. Lagi pula, hidup ni pun satu perjalanan jugak. Dunia ni kan hanyalah satu persinggahan kita sebelum ke akhirat sana.
~ Inilah rumah Toraja yang dimaksudkan ~
~ Close-up pandangan sisi ~
Wallahua'lam.







4 comments:
salam. peh..dasat2..
syukur aku orang pindrang..
~penah jugak balik sulawesi masa habis darjah enam. tahun 2000.
~tq bagi idea untuk entry
~welcome
best pengalaman kau bah... nati aku mau ke sabah... mau ke rumah ko juga bah.. haha
boleh ba kalo kau...=P
tambang sdn bhd...
Post a Comment