Ke Melaka mengerat ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim.


Sebulan tak update blog. Alhamdulillah, akhirnya ada kesempatan. Sebelum ni sempat jenguk2 je, sambil2 ziarah blog sahabat2. Jeles jugak bila tengok betapa up-to-date nya blog sahabat2. Terasa tercabar. Hehe...=)

Di kesempatan yang ada, sekadar ingin berkongsi pengalaman bermusafir ke Melaka hari Ahad lepas. Saya selalu dengar, ada tiga cara efektif untuk mengeratkan ukhuwah. Pertama, makan bersama. Kedua, tidur bersama. Dan ketiga, bermusafir bersama. Permusafiran kali ni, Melaka destinasi dituju. Ini kali kedua saya ke Melaka. Kalau sebelum ni, pergi sorang2 naik bas. Tapi balik berjemaah. Kali ni, pergi berempat, balik pun berempat. Asalnya berenam, tapi disebabkan lagi dua orang ada masalah di saat-saat akhir, tinggal berempat. Dengan kereta yang disewa, kami ke Melaka untuk menghadiri satu program. Hari keluarga alumni surau matrik. Lebih tepatnya, Family Day Alumni Irfan (Zon Selatan). Yang uniknya, bukan setakat Alumni Irfan je ada, bekas student KMNS pun ada (Syaiima). Memandangkan antara tiga orang muslimat ex-KML (saya, Mun & Kak Lin) tiada sorang pun yang ada lesen memandu (lesen masih L), terpaksalah import driver. Huhu...

Program diadakan di Taman Botanikal Melaka. Dari Johor, kami bertolak dalam pukul 8.30 pagi. Keluar ikut Ayer Keroh. Seronok jugak dapat jejak Melaka kali kedua, di tempat yang lain pulak. Sebelum ni, sempat ke area Bandaraya je. Tapi puas jugak la. Tempat yang dituju kali ni tak jauh pun dari tol Ayer Keroh. Dengan kelajuan kereta lebih kurang 120km sejam, dalam tempoh 2 jam, alhamdulillah kami selamat sampai ke Taman Botanikal Melaka. Sampai di sana, rupa-rupanya yang lain ramai tak sampai lagi. Yang ada, hanyalah kami berempat dan rombongan dari kampus tengah (UKM, USIM).

Lama tak jumpa sahabat sematrik yang duduk kampus lain. Terimbau kenangan lalu sewaktu sama-sama di matrik. Hehe...=) Sedikit pengenalan masa zaman matrik, masa tu batch 2007/2008. Dalam sejarah Surau Al-Irfan, saya dan sahabat-sahabat seangkatan berada dalam batch ke-5. Pengerusi surau masa tu, siapa lagi kalau bukan Razman bin Roslee. Walaupun sama-sama orang Tawau, tapi di matrik baru kenal. Yelah, sebab dia budak MRSM. Masa tu MRSM belum ada lagi di Tawau. KK je yang ada. Sahabat-sahabat seangkatan yang lain, yang sama-sama menjadi pimpinan dalam organisasi Surau Al-Irfan (masa tu dah start guna nama Sahabat Al-Irfan), antara lain, Adam, Ihsan, Syed Alhafiz, Hafiz, El, Farid, Haizul, Awang, Khalid, Datu Faisal, Azwan, Aziz; yang muslimat; Liza, Maryam, Kak Azma, Kak Jama, Kak Maziah, Herfiana, Fatwa, Kak Masna, Kak Opie, Salmiati, Anati, Faiqah, Faiza, Baizura. Lain-lain, termasuklah sahabat2 dalam lujnah. Masa tu tema baju warna biru. Dan yang sampai sekarang masih sama-sama di UTM, siapa lagi kalau bukan Kak Lin dan Kak Paw yang setia bersamaku dalam susah dan senang. Haha.. Puji sikit je, lebih2 nanti terbang...hehe...=P

Ok, sambung cite Family Day. Program yang sepatutnya start pukul 11.00 pagi, akhirnya start dalam pukul 12.30 tengah hari disebabkan ada masalah sikit dari pihak tuan rumah. Tapi takpa, kami ok je walaupun merungut jugak sikit. Hehe...=) Program start dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis, adik Shahrul (batch 09/10). Lepas tu ada tazkirah sikit daripada adik Munzir (batch 08/09), yang sedang bercuti kerana rusuhan di Mesir. Dengar je nama Munzir, kami budak UTM teringat kat Munzir Musa, sahabat dari UTM. Nama pun memang lebih kurang. Yang istimewanya, program turut didatangi oleh bekas pensyarah KML, Sir Azli. Walaupun beliau tak pernah ajar saya, tapi still ingat dengan lecturer ni, sebab beliau antara salah sorang juri nasyid masa zaman kitorang la. Lepas tu, ada perkongsian daripada Ustaz Safuan, kawan Sir Azli yang juga merupakan usahawan HPA. Sambil memperkenalkan HPA, ustaz bagi pengisian bermanfaat. Sedar tak sedar, dah pukul 2.00. Seterusnya, pegi solat dan makan.

Petang tu, ada aktiviti. Lebih kepada ta'aruf. Memandangkan masa yang singkat, tak sempat nak buat banyak2. Akhir sekali, sedikit ucapan daripada saudara Razman selaku wakil tuan rumah dari UTeM. Kami bertolak balik ke UTM dalam pukul 4.30, memandangkan malam tu ada meeting lain yang perlu dihadiri. Rasa memang tak puas. Masa cepat je berlalu. Tapi, sebelum balik Johor, sempat jugak pegi RFC yang terletak di Mydin MITC. Bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sambil menyelam, minum air. Hehe...=) Yelah, sebab di Johor, kat area Kluang je ada RFC. On the way keluar dari Mydin, terserempak dengan Zaki Haron, Presiden PMIUTM, yang juga on the way balik kampus. Kami pun follow kereta dia keluar dari Melaka. Alhamdulillah, dalam pukul 7.50 kami selamat sampai di UTM. Seronok, penat, semua bercampur. Dan rasa teringin pegi lagi, jumpa sahabat2, tak puas rasanya. Insya-Allah, ada rezeki, panjang umur, kami sahabat2 UTM mengalu-alukan kedatangan sahabat2 dari kampus lain ke Johor pulak ye...=)




0 comments: