Looking forward~

Bismillahirrahmanirrahim.

Today is my last paper for this semester. Medical Imaging. Hampir selesai semester 5, di tahun akhir. Kalau sebelum ni, hanya melihat dan memerhati para senior bergelumang dengan macam-macam hal di tahun akhir. Sekarang, diri sendiri mengalaminya. And now I know, betapa sibuknya menjadi final year student. Dengan projek tahun akhir yang memerlukan komitmen yang sangat-sangat tinggi, lebih-lebih lagi bila kena masuk lab, termasuklah diriku. Time management tersangatlah penting. Belum kira lagi test, kuiz, assignment dan gerak kerja organisasi.

Tapi, itu semua biasalah. Kalau nak dapatkan sesuatu yang terbaik, kenalah usaha keras dan berhadapan dengan kesusahan. Memandangkan exam pun dah nak habis, maknanya semester akan datang pun dah semakin dekat, walaupun ada sebulan lagi. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, maka semester depan adalah yang terakhir untukku. Dan mungkin jadi peluang terakhir untuk meningkatkan pencapaian sepanjang berada di kampus. Dalam fikiran, sudah terbayang-bayang projek tahun akhirku yang sekejap-sekejap ku'sentuh'.

Cerita pasal final year project a.k.a Projek Sarjana Muda (PSM), alhamdulillah, syukur kerana diletakkan di bawah seliaan pensyarah penyelia sekarang. Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli. Walaupun mulanya agak blur dan blank pasal kajian yang ingin dibuat, tapi prof. memberi kepercayaan kepadaku dan rakan-rakan yang di bawah seliaan beliau untuk berfikir dan buat apa yang kita minat. At least takde la macam terpaksa buat benda yang kita tak faham. Tapi kefahaman boleh dibina. Cuma perlukan masa. Fikir punya fikir, akhirnya aku memilih untuk buat projek pasal dosimeter kaca. Kredit kepada Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Putrajaya, tempat aku menjalani latihan industri, sebab dari situlah dapat idea pasal dosimeter kaca.

Banyak benda kena buat sendiri. Kena prepare sampel kaca yang sebelum ni tak pernah buat. Rasa macam jadi budak bahan. I mean Fizik Bahan or Material Science atau yang seangkatan dengannya. Kena pergi hospital atau mana-mana tempat yang boleh buat irradiation. Buat measurement. Guna alat-alat yang sebelum ni belajar teori je. Sekarang betul-betul kena apply. Kadang-kadang terfikir, kenapalah nak susah-susah buat projek yang kena masuk lab. Tapi, tetap buat jugak, sebab minat.

So, masa cuti ni, harap-harap dapat habiskan baca jurnal-jurnal yang berlambak, tapi tak habis-habis baca lagi. Semester akan datang, ada dua subjek elektif berkaitan nuklear yang bakal ku'jumpa'. Subjek Perubatan Nuklear dan Teknik Nuklear. And I'm looking forward to see 'them'...(^_~)v

Wallahua'lam.

1 comments:

zainab said...

semoga berjaya Asmah ^_^...gud luck...^_^