In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful.
Saat ini, saya telah mengorbankan masa study untuk menulis entri ini. Tetapi tidak mengapa. Asalkan saya gembira. Tatkala ilham menjengah, tidak rugi saya peruntukkan sedikit masa. Biasalah ilham, datangnya tidak diduga. Dan kadangkala di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Contoh, di dalam bilik air pun ilham boleh menerpa. Tetapi saya pernah mendengar, jika ilham datang ketika berada di dalam bilik air, itu ilham daripada syaitan. Sejauh mana kebenarannya, wallahua'lam. Mungkin ada sahabat-sahabat yang lebih tahu, silalah kongsikan.
Berbalik kepada tajuk, saya yakin dan percaya ramai dalam kalangan sahabat-sahabat yang suka membaca dan gembira bila ada buku-buku baru di pasaran. Rasa tidak sabar-sabar untuk membeli, meski kantung sudah hampir kekeringan. Dan alangkah puasnya hati apabila buku yang diidam-idamkan sudah memenuhi rak yang memang sudah sedia terisi. Sebagai orang yang sudah menjadi hobinya membaca, itu perkara biasa.
Namun, apa yang ingin dipersoalkan, dalam lambakan buku yang kita miliki, sebanyak mana yang telah kita baca? Dan sebanyak mana juga yang telah kita hadam dan fahami isi kandungannya? Persoalan ini yang selalu menghantui diri, dan mungkin juga menjadi suatu muhasabah buat sahabat-sahabat pencinta buku, termasuklah diri ini.
Perlu difikir-fikirkan bersama, adakah kita membeli buku itu juga suatu hobi? Selesai membeli, bangganya mempamer buku-buku yang beraneka genre di rak, tidak kiralah di dalam bilik atau di mana-mana. Daripada novel-novel, bacaan-bacaan ringan yang lain, buku-buku agama, haraki, sehinggalah kepada buku-buku tahap pemahaman tinggi, termasuklah buku pelajaran. Padahal, belum tentu sudah habis dibaca. Peringatan kepada diri.
Dan sejauh mana kita berupaya mengaplikasikan ilmu-ilmu yang kita peroleh daripada pembacaan dalam kehidupan seharian? Atau kita hanya mengaplikasi untuk diri sendiri? Saya sangat suka dan kagum pada orang yang tanpa segan atau rasa kedekut mempromosikan buku-bukunya untuk dipinjam. Ini juga salah satu alternatif menyebarkan ilmu. Jika kita tidak mampu untuk menyampaikannya secara lisan mahupun tulisan, cara ini adalah antara yang terbaik.
Adakah kita hanya sekadar berbangga mengatakan kita pencinta buku? Sedangkan banyak lagi yang perlu diperbaiki, terutama dalam aspek pemahaman terhadap perkara-perkara yang disampaikan. Ataupun, kita bangga mengatakan hobi kita membaca, walhal kita berlaku bias terhadap buku-buku akademik. Istilah 'suka membaca' disempitkan hanya kepada pembacaan bahan-bahan selain daripada buku-buku akademik. Cuba lihat rak buku masing-masing, buku bercorak bagaimana yang lebih banyak mengisi ruang rak anda? Dan bagaimana anda mengelaskan buku-buku di rak itu? Dan lagi, kita lebih suka fotocopy saja buku pelajaran, tetapi buku selain itu, originality dipentingkan. Menunjukkan betapa berkiranya kita. Peringatan lagi buat diri sendiri.
Maka, ingin saya ulangi pertanyaan, buku berlambak, tapi baca tak...?
Semoga difikir-fikirkan bersama dan semoga ada manfaatnya...
p/s : Buat julung-julung kalinya saya mengiklankan, SIAPA MAHU PINJAM BUKU SAYA? Dialu-alukan. Tawaran istimewa khusus kepada yang ingin meminjam buku akademik, kemungkinan akan diberikan terus secara PERCUMA! Bergantung kepada pertimbangan pemilik asal.

Comments
8 Responses to “Buku berlambak, tapi baca tak...?”
Post Comments (Atom)
Post a Comment |
gud, sudah mula promote buku..
memiliki buku tu satu nikmat,
membaca buku tu satu nikmat lain.. xsama2..
owh..nikmat yg x sama...
huhu...apa kbr agaknya buku2 fundamental fizik, kimia n math yg tlh diwakafkan utk surau matrik...x bwk blk naik feri, berat...
kadang2,bli buku xsempat bace habis..
tapi boleh dijadikan rujukan apabila memerlukan...
erm.kadang2 beli buku banyak2 tapi tak sempat baca..tapi insyaAllah akan baca bila ada masa terluang.. *seni mempertahankan diri*
jgn lupa baca quran
itulah yg sebaiknya...
salam..hakikatnya, buku akan menjadi perlu apabila diperlukan walaupun tak pernah disentuh selepas dibeli. seolah-olah, itulah yang akan menjadi bekalan di masa yang kita tidak tahu bila akan memerlukannya..
www.jeewagundahbeeta.blogspot.com
Post a Comment