"Dan kehidupan dunia ini hanya berupa permainan dan hiburan sedangkan kehidupan akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]
Entri kali ini, tiada apa sangat yang ingin dikongsi. Cuma, semasa 'bersiar-siar' di alam maya tadi, saya terbaca satu artikel tentang berita yang hangat diperkatakan di media ketika ini. Berhubung seorang ahli politik dari Negeri di Bawah Bayu dengan seorang aktres popular. Ada rasa nak tergelak juga bila baca. Ikuti ceritanya di sini.
Ni lah antara wallpaper hasil percubaanku...dah publish kat PMIUTMedia...buat time boring2...cuba mengasah teknik 'mencipta' dan meng'edit'...komen je kalau ada x kena...kalau nak ambil, silakan...banyak perlu belajar lagi...apa2 pun, practice makes perfect...
In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful.
Saat ini, saya telah mengorbankan masa study untuk menulis entri ini. Tetapi tidak mengapa. Asalkan saya gembira. Tatkala ilham menjengah, tidak rugi saya peruntukkan sedikit masa. Biasalah ilham, datangnya tidak diduga. Dan kadangkala di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Contoh, di dalam bilik air pun ilham boleh menerpa. Tetapi saya pernah mendengar, jika ilham datang ketika berada di dalam bilik air, itu ilham daripada syaitan. Sejauh mana kebenarannya, wallahua'lam. Mungkin ada sahabat-sahabat yang lebih tahu, silalah kongsikan.
Berbalik kepada tajuk, saya yakin dan percaya ramai dalam kalangan sahabat-sahabat yang suka membaca dan gembira bila ada buku-buku baru di pasaran. Rasa tidak sabar-sabar untuk membeli, meski kantung sudah hampir kekeringan. Dan alangkah puasnya hati apabila buku yang diidam-idamkan sudah memenuhi rak yang memang sudah sedia terisi. Sebagai orang yang sudah menjadi hobinya membaca, itu perkara biasa.
Sebahagian buku yang memenuhi rak (tidak termasuk yang dipinjam orang dan yang sudah dibawa balik)
Namun, apa yang ingin dipersoalkan, dalam lambakan buku yang kita miliki, sebanyak mana yang telah kita baca? Dan sebanyak mana juga yang telah kita hadam dan fahami isi kandungannya? Persoalan ini yang selalu menghantui diri, dan mungkin juga menjadi suatu muhasabah buat sahabat-sahabat pencinta buku, termasuklah diri ini.
Perlu difikir-fikirkan bersama, adakah kita membeli buku itu juga suatu hobi? Selesai membeli, bangganya mempamer buku-buku yang beraneka genre di rak, tidak kiralah di dalam bilik atau di mana-mana. Daripada novel-novel, bacaan-bacaan ringan yang lain, buku-buku agama, haraki, sehinggalah kepada buku-buku tahap pemahaman tinggi, termasuklah buku pelajaran. Padahal, belum tentu sudah habis dibaca. Peringatan kepada diri.
Buku-buku yang dibeli sendiri, pemberian orang dan buku pinjam (Ketika Cinta Bertasbih I)
Dan sejauh mana kita berupaya mengaplikasikan ilmu-ilmu yang kita peroleh daripada pembacaan dalam kehidupan seharian? Atau kita hanya mengaplikasi untuk diri sendiri? Saya sangat suka dan kagum pada orang yang tanpa segan atau rasa kedekut mempromosikan buku-bukunya untuk dipinjam. Ini juga salah satu alternatif menyebarkan ilmu. Jika kita tidak mampu untuk menyampaikannya secara lisan mahupun tulisan, cara ini adalah antara yang terbaik.
Adakah kita hanya sekadar berbangga mengatakan kita pencinta buku? Sedangkan banyak lagi yang perlu diperbaiki, terutama dalam aspek pemahaman terhadap perkara-perkara yang disampaikan. Ataupun, kita bangga mengatakan hobi kita membaca, walhal kita berlaku bias terhadap buku-buku akademik. Istilah 'suka membaca' disempitkan hanya kepada pembacaan bahan-bahan selain daripada buku-buku akademik. Cuba lihat rak buku masing-masing, buku bercorak bagaimana yang lebih banyak mengisi ruang rak anda? Dan bagaimana anda mengelaskan buku-buku di rak itu? Dan lagi, kita lebih suka fotocopy saja buku pelajaran, tetapi buku selain itu, originality dipentingkan. Menunjukkan betapa berkiranya kita. Peringatan lagi buat diri sendiri.
Buku-buku akademik (sebahagian lagi diletak di bahagian lain)
Maka, ingin saya ulangi pertanyaan, buku berlambak, tapi baca tak...? Semoga difikir-fikirkan bersama dan semoga ada manfaatnya...
p/s : Buat julung-julung kalinya saya mengiklankan, SIAPA MAHU PINJAM BUKU SAYA? Dialu-alukan. Tawaran istimewa khusus kepada yang ingin meminjam buku akademik, kemungkinan akan diberikan terus secara PERCUMA! Bergantung kepada pertimbangan pemilik asal.
Salam perjuangan, salam penuh kasih sayang buat adik-adik tersayang. Alhamdulillah walau Allah tak mempertemukan kita dalam renungan mata, namun Allah masih memberikan kita peluang bertemu di ruangan hati yang kiranya terpaut semenjak dahulu lagi.
Pertama sekali, akak nak mohon maaf kerana sepanjang semester ini nampaknya amat kurang bilangan pertemuan kita. Maafkanlah insan yang tak mampu lari dari kesilapan dan kekurangan. Namun, apa yang penting adalah ingatan hati yang terikat kuat hanya kerana Allah. Tautan hati ini tak bermakna kiranya jika bukan kerana Allah. Alhamdulillah kerana Allah mempertemukan kita di dalam medan dakwah dan tarbiyyah, bersama-sama menjadi sebahagian daripada hamba-Nya yang siap sedia memikul tanggungjawab dakwah ini.
Adik-adik yang dirahmati Allah...
Bukan niat untuk memanjangkan kalam, namun sebagai peringatan untuk kita bersama. Bahawa hidup ini adalah suatu pelayaran yang panjang, kita menuju destinasi akhirat yang cukup jauh tapi dalam masa yang sama kita perlu pandai memilih kapal tumpangan yang terbaik. Biar ia kelihatan buruk daripada ia penuh dosa dan nista.
Adik-adik, tatkala menumpangi kapal, jadilah orang yang turut menyumbang tenaga...bukan sekadar bertenggek untuk memberatkan kapal. Kita mesti memberi sekadar termampu, dan turutilah arahan nakhoda yang bertaqwa kepada Allah, agar pelayaran tidak terumbang-ambing di perjalanan.
Adik-adik, Kiasan yang akak berikan ini bermaksud, jadilah orang yang tahu arah perjalanan kita di dunia ini. Kita memilih jalan menuju Allah, maka memberilah sekadarnya untuk membantu Islam, pada masa yang sama menambah saham diri sendiri di akhirat. Dan ingatlah, dalam pelayaran, pasti akan bertembung ombak yang menggila, gelombang lautan yang bisa menggoncang malah menterbalikkan kapal. Oleh itu, letakkan tawakkal pada Allah melebihi segalanya setelah gigih berusaha. Jangan pernah penat untuk mengadu pada Yang Maha Kuasa.
Adik-adik, Medan ini sangat jauh perjalanannya dan sangat tajam duri yang sedia menanti untuk menikam. Ada masanya kita akan bertemu dengan sebuah kekecewaan...dan kadang-kala disapa kedukaan. Hati bergoncang dengan apa yang telah Allah takdirkan. Seakan tidak dapat menerima. Namun ingatlah sayang, tidak pernah mudah Rasulullah menyebarkan dakwah, namun tak pernah lemah juga baginda meneruskannya...
Segala masalah yang datang, jangan dipendam di dalam hati hingga menanah dan memakan diri, akan tetapi carilah penyelasaian dari orang yang mampu mendengar. Menguatkan kembali, itulah fungsinya ukhuwah. Hiasi akal dengan ilmu agar kita tidak tersimpang dari kebenaran yang dibawa dan bukan sekadar menurut tanpa memahami apa.
Dan sebagai muslimah, jagalah perlakuan dan pertuturan... Jagalah pakaian dan aurat yang telah digariskan syara'... Ingatlah, takkan rugi orang yang mentaati Allah, dan tak pernah beruntung orang yang mengingkari-Nya...
Di sini dahulu yang mampu akak sampaikan buat adik-adik tersayang... Jaga diri, jaga hati dan jaga iman... Insya-Allah, jika ditakdirkan kita akan bertemu lagi...
p/s : Tingkatkan dirimu wahai serikandi, akak yakin dan pasti, adik mampu gagah berdiri menunjangi langkah perjuangan ini.
*Surat ini daripada naqibahku...Untuk siapa? Untukku, dan untukmu...
Kita ingin segalanya indah Semurni pantai yang putih bersih Indahnya bagai tersusun madah Bersemi ukhuwah dipupuk kasih
Kita rindukan kasih sayang Untuk hiasi taman hati Dalam melalui perjalanan suci Ingin menuju arah Tuhan Perlu tetap tujuan kita Baru kehidupan aman berpanjangan
Demi perjuangan perlu satu hati Tetapkan iman di dalam diri Perintah Allah wajib dipatuhi Sunnah Rasul perlu dicontohi Biar keikhlasan kita berbicara Barulah terhindar sengketa sesama
“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.
“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak mem'Fatimah'kan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatkannya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumahtangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi? Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Sebelum berkahwin, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan. Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah, kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya. Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
"BERKATA NUH: YA TUHANKU, JANGANLAH ENGKAU TINGGALKAN DI ATAS BUMI SEORANG PUN DI ANTARA KAUM KAFIRIN. SESUNGGUHNYA YA ALLAH, JIKA ENGKAU TINGGALKAN MEREKA, NESCAYA MEREKA AKAN MENYESATKAN HAMBA-HAMBA-MU, DAN MEREKA TIDAK MELAHIRKAN ANAK MELAINKAN ANAK YANG DERHAKA DAN KAFIR." [NUH:26-27]
YA TUHAN KAMI, LIMPAHKANLAH KESABARAN KE DALAM HATI KAMI DAN TETAPKANLAH LANGKAH KAMI, KUATKANLAH KAMI DAN TOLONGLAH KAMI MENENTANG KAUM YANG KAFIR ITU...AMIN...
1. Abu Bakar As-Siddiq 2. Umar Al-Khattab 3. Uthman bin Affan 4. Ali bin Abi Talib 5. Zubair bin Awwam 6. Thalhah bin Ubaidillah 7. Saad bin Abi Waqqas 8. Said bin Zaid 9. Abdurrahman bin Auf 10. Abu Ubaidah al-Jarrah
Ummul Mukminin
1. Khadijah binti Khuwailid 2. Hafsah binti Umar 3. Aisyah binti Abu Bakar 4. Saudah binti Zam'ah 5. Zainab binti Khuzaimah 6. Hindun binti Abi Umaiyah (Ummu Salamah) 7. Ramlah binti Abi Sufian (Ummu Habibah) 8. Mariyah Al-Qibtiyah 9. Safiyah binti Hoiyi 10. Juwairiyah binti Al-Harith 11. Maimunah binti Al-Harith
Antara Tokoh-tokoh Sufi
1. Hasan Al-Basri 2. Uwais Al-Qarni 3. Rabi'atul 'Adawiyyah 4. Syeikh Abdul Kadir Jailani 5. Al-Fudhail bin Iyadh 6. Imam Junaid Al-Baghdadi 7. Imam Abu Yazid Al-Bustami 8. Syeikh Abul Hasan Al-Sazali 9. Ibrahim bin Adham 10. Malik bin Dinar